Solusi AIOps : Boost Prestasi Rangkaian

Solusi AIOps kami memanfaatkan kecerdasan prediktif untuk mengoptimumkan prestasi rangkaian dan memudahkan operasi IT bagi perniagaan.

AIOPS Awan Bayu Teknologi
Lihat Lebih Awal. Bertindak Lebih Pantas. Kendali Lebih Pintar. 

Dalam landskap digital yang kompleks hari ini, mengekalkan persekitaran sistem dengan ketersediaan tinggi bukan lagi sekadar satu kelebihan—ia adalah satu keperluan perniagaan. Awan Bayu Teknologi memperkenalkan AIOps (Artificial Intelligence for IT Operations), sebuah pendekatan revolusioner yang menyatukan data dari seluruh organisasi anda untuk memberikan pandangan bersepadu dan masa nyata tentang kesihatan operasi anda.

Solusi AIOps

Apa Itu AIOps? 

AIOps memanfaatkan automasi dan pembelajaran mesin (machine learning) untuk mengesan isu rangkaian lebih awal dan menyelesaikannya dengan cepat. Dengan mempercepatkan proses daripada pengenalpastian sehingga pemulihan, ia membantu pasukan mengekalkan ketersediaan tinggi, mengurangkan gangguan, dan beroperasi dengan lebih cekap.

Manfaat Utama AIOps

Melaksanakan AIOps melalui Awan Bayu Teknologi memberikan kelebihan yang nyata bagi perniagaan anda : 

kebeolehpercayaan yang dipertingkatkan

Menyokong persekitaran sistem ketersediaan tinggi memalui kebolehperhatian (obsevability) yang mendalam.

Operasi pintar

Beralih daripada tugasan manual kepada operasi IT pintar yang dikuasakan oleh AI dan automasi. 

Peningkatan pematuhan sla

Mengurangkan gangguan perkhidmatan dan memastiakn anda memeneuhi perjanjajian tahap perkhidmatan (SLA) secara konsisten. 

kepuasan pelanggan yang lebih baik

Menyampaikan perkhidmatan yang konsisten dan boleh dipercayai bagi membina kepercayaan pengguna anda. 

Pengurangan beban operasi

Mengautomasikan prosedur diagnostik yang berulang untuk membolehkan jurutera sokongan fokus kepada tugasan yang lebih bernilai.

kuasa gabungan aiops + zabbix

Awan Bayu Teknologi pakar dalam menggabungkan Zabbix dengan rangka kerja AIOps yang canggih untuk mencipta ekosistem pemantauan yang lebih lancar.

Bagaimana Integrasi Ini Berfungsi :

Solusi AIOps + Zabbix
pengesanan

Zabbix mencetuskan amaran (contohnya: kegagalan kipas perkakasan).



Solusi AIOps + Zabbix
pengayaan (enrichment)

Enjin Automasi AIOps menjalankan diagnostik dan menyusun data daripada CMDB (Configuration Management Database) untuk memberikan konteks.


Zabbix Network Monitoring Solution
Kontekstualisasi

Enjin GenAI merumuskan diagnostik kepada wawasan yang boleh bertindak, membantu jurutera membezakan antara isu kritikal dan positif palsu (false positives).


Solusi AIOps + Zabbix
resolusi

Enjin AI menggunakan rangka kerja MCP (Model Control Plan) untuk melaksanakan automasi pemulihan kendiri dan menyelesaikan isu secara automatik.


bagaimana Awan Bayu Teknologi Membantu Anda

Kami menyediakan pelan hala tuju pelaksanaan secara berfasa untuk memastikan rangkaian anda berkembang menjadi persekitaran yang automatik sepenuhnya:


Fasa 01

3-6 Bulan

Kami menyediakan amaran Zabbix yang diperkaya dengan GenAI dan membina Papan Pemuka Kebolehperhatian yang menyeluruh untuk pandangan 360 darjah tentang kesihatan persekitaran anda.



Fasa 02

6-18 Bulan

Kami melaksanakan Orkesratra Automasi dan GenAI RAG (Retrieval-Augmented Generation) untuk menyediakan resolusi insiden automatik dan pemantauan telemetri sintetik.


Fasa 03

12-36 bulan

Mencapai Operasi Autonomi dengan keupayaan pemulihan kendiri melalui Enjin MCP kami yang canggih.

Soalan Lazim (FAQ)
Apakah yang dimaksudkan dengan solusi AIOps?

Solusi AIOps menggabungkan data raya (big data) dan pembelajaran mesin (machine learning) untuk mengautomasikan proses operasi IT, termasuk pengesanan anomali, korelasi acara, dan penentuan punca masalah.


Apakah kelebihan solusi AIOps kepada infrastruktur perniagaan?

Dengan menggunakan solusi AIOps yang maju, perniagaan dapat mengurangkan Purata Masa untuk Penyelesaian (MTTR) secara signifikan, mencegah gangguan rangkaian yang merugikan, serta memperoleh analisis prediktif untuk perancangan masa depan.

Bersedia Untuk Mentransformasikan Pemantauan Rangkaian Anda?

Biar Awan Bayu Teknologi membantu anda mencapai infrastruktur yang bersepadu, pintar dan pulih kendiri. Hubungi Kami Untuk maklumat selanjutnya.

Hubungi Kami Sekarang