KAJIAN KES
Halaman kajian kes IT ini memaparkan demonstrasi dan testimoni kejayaan kami dalam menguruskan projek infrastruktur kritikal pelanggan
Secara kolektifnya, Kami di Awan Bayu Teknologi telah berjaya dan mempunyai pengalaman dalam melaksanakan pelbagai projek berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi didalam pelbagai bidang. Berikut Ialah sebahagian daripada projek yang telah kami jayakan.
Teknologi perniagaan sumber terbuka
Kajian Kes: Memacu Transformasi Digital GLC Melalui Kepakaran IT-PMO Awan Bayu
- Menyemak, menyusun semula dan mendokumentasikan Pelan Kerja Strategik IT bagi tahun semasa.
- Berdasarkan semakan keperluan projek, mencadangkan Rangka Kerja IT Teras dan inisiatif IT masa hadapan.
- Mengurus keseluruhan Program IT bersama semua pihak berkepentingan dalam syarikat.
- Memudah cara pelaksanaan pelan dan rangka kerja IT bagi tahun ke-2 dan ke-3.
- Memindahkan pengetahuan dan kepakaran IT-PMO kepada pelanggan.
Sebuah kumpulan konglomerat besar yang beroperasi di Asia, Amerika Syarikat dan Amerika Selatan dengan perolehan tahunan kumpulan hampir RM18 bilion, serta menyediakan pekerjaan kepada lebih 24,000 orang.
cabaran
OBJEKTIF
Penyelesaian
Kami menubuhkan Pejabat IT PMO yang terdiri daripada pakar dalam Pengurusan Projek, Analisis Perniagaan dan Pakar Teknikal yang berpengalaman luas untuk menangani isu teknikal serta operasi perniagaan. Pasukan ini bertanggungjawab terhadap penyampaian dan pengurusan projek menaik taraf rangkaian dari peringkat awal sehingga ke pelaksanaan terakhir, selaras dengan objektif sesebuah perniagaan atau organisasi.
Bagi memastikan rangkaian sedia ada tidak terganggu, satu makmal ujian (trial lab) menyeluruh telah ditubuhkan untuk menjalankan ujian komprehensif. Rangkaian baharu dilaksanakan secara selari dengan rangkaian lama, dan proses migrasi dijalankan secara berperingkat bagi meminimumkan gangguan.
Hasilnya, keseluruhan rangkaian berjaya dinaik taraf dengan masa henti (downtime) yang minimum dan tanpa menjejaskan pengguna akhir. Kumpulan tersebut kini menikmati peningkatan kecekapan operasi perniagaan serta penjimatan kos penyelenggaraan infrastruktur rangkaian. Projek ini dijalankan secara berperingkat selama empat tahun, meliputi setiap wilayah utama operasi mereka.
Untuk melihat senarai penuh kepakaran kami, sila layari halaman Servis kami atau
HUbungi Kami
Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan lanjut.