Memperkasakan Prestasi Rangkaian Dengan AIOps

AIOPS Awan Bayu Teknologi
Lihat Lebih Awal. Bertindak Lebih Pantas. Kendali Lebih Pintar. 

Dalam landskap digital yang kompleks hari ini, mengekalkan persekitaran sistem dengan ketersediaan tinggi bukan lagi sekadar satu kelebihan—ia adalah satu keperluan perniagaan. Awan Bayu Teknologi memperkenalkan AIOps (Artificial Intelligence for IT Operations), sebuah pendekatan revolusioner yang menyatukan data dari seluruh organisasi anda untuk memberikan pandangan bersepadu dan masa nyata tentang kesihatan operasi anda.

Hands holding up blue letters forming the abbreviation AI

Apa Itu AIOps? 

AIOps memanfaatkan automasi dan pembelajaran mesin (machine learning) untuk mengesan isu rangkaian lebih awal dan menyelesaikannya dengan cepat. Dengan mempercepatkan proses daripada pengenalpastian sehingga pemulihan, ia membantu pasukan mengekalkan ketersediaan tinggi, mengurangkan gangguan, dan beroperasi dengan lebih cekap.

Manfaat Utama AIOps

Melaksanakan AIOps melalui Awan Bayu Teknologi memberikan kelebihan yang nyata bagi perniagaan anda : 

kebeolehpercayaan yang dipertingkatkan

Menyokong persekitaran sistem ketersediaan tinggi memalui kebolehperhatian (obsevability) yang mendalam.

Operasi pintar

Beralih daripada tugasan manual kepada operasi IT pintar yang dikuasakan oleh AI dan automasi. 

Pematuhan SLA yang meningkat

Mengurangkan gangguan perkhidmatan dan memastiakn anda memeneuhi perjanjajian tahap perkhidmatan (SLA) secara konsisten. 

kepuasan pelanggan yang lebih baik

Menyampaikan perkhidmatan yang konsisten dan boleh dipercayai bagi membina kepercayaan pengguna anda. 

Pengurangan beban operasi

Mengautomasikan prosedur diagnostik yang berulang untuk membolehkan jurutera sokongan fokus kepada tugasan yang lebih bernilai.

kuasa gabungan aiops + zabbix

Awan Bayu Teknologi pakar dalam menyatukan Zabbix dengan rangka kerja AIOps yang canggih untuk mencipta ekosistem pemantauan yang lancar.

Bagaimana Integrasi Ini Berfungsi :

Man with VR headset touching a holographic screen
pengesanan

Zabbix mencetuskan amaran (contohnya: kegagalan kipas perkakasan).



AI technology microchip background digital transformation concept
pengayaan (enrichment)

Enjin Automasi AIOps menjalankan diagnostik dan menyusun data daripada CMDB (Configuration Management Database) untuk memberikan konteks.


Picture2
Kontekstualisasi

Enjin GenAI merumuskan diagnostik kepada wawasan yang boleh bertindak, membantu jurutera membezakan antara isu kritikal dan positif palsu (false positives).


close-up-hand-holding-futuristic-screen
resolusi

Enjin AI menggunakan rangka kerja MCP (Model Control Plan) untuk melaksanakan automasi pemulihan kendiri dan menyelesaikan isu secara automatik.


bagaimana Awan Bayu Teknologi Membantu Anda

Kami menyediakan pelan hala tuju pelaksanaan secara berfasa untuk memastikan rangkaian anda berkembang menjadi persekitaran yang automatik sepenuhnya:


Fasa 01

3-6 Bulan

Kami menyediakan amaran Zabbix yang diperkaya dengan GenAI dan membina Papan Pemuka Kebolehperhatian yang menyeluruh untuk pandangan 360 darjah tentang kesihatan persekitaran anda.



Fasa 02

6-18 Bulan

Kami melaksanakan Orkesratra Automasi dan GenAI RAG (Retrieval-Augmented Generation) untuk menyediakan resolusi insiden automatik dan pemantauan telemetri sintetik.


Fasa 03

12-36 bulan

Mencapai Operasi Autonomi dengan keupayaan pemulihan kendiri melalui Enjin MCP kami yang canggih.

Bersedia Untuk Mentransformasikan Pemantauan Rangkaian Anda?

Biar Awan Bayu Teknologi membantu anda mencapai infrastruktur yang bersepadu, pintar dan pulih kendiri. 

Hubungi Kami Sekarang