Mengenai Kami : awan bayu teknologi

siapa kami?

Selamat datang ke Awan Bayu Teknologi , dunia tanpa sempadan dimana setiap langkah adalah satu perjalanan yang penuh berpotensi dan setiap saat membuka ruang untuk mencipta sesuatu detik yang bermakna.

Kami percaya bahawa teknologi bukan sekadar alat - ia adalah pemangkin untuk membawa perubahan dan membuka peluang tanpa had.

1
projek
1
idea
1
pelanggan
1
Tahun pengalaman
1%
IT Konsultan
1%
Pelaksanaan
1%
Integrasi
1%
Kepuasan Pelanggan

mengenai kami

AWAN BAYU TEKNOLOGI

Pasukan Awan Bayu Teknologi
Awan Bayu Teknologi diasaskan oleh sekumpulan IT profesional yang bersemangat dan berpengalaman luas dalam bidang pengurusan serta perkhidmatan infrastruktur IT.
Setiap ahli pasukan membawa kepakaran, cara berfikir, dan gaya kolaborasi tersendiri. Gabungan kepelbagaian inilah yang menjadi kekuatan utama kami dalam mencipta penyelesaian terbaik untuk pelanggan.
Kami menghargai idea, pandangan dan maklum balas setiap perbualan dengan pelanggan. Pendekatan ini membolehkan kami :

  • Menawarkan penyelesaian yang inovatif dan berkesan
  • Terus menolak sempadan kemampuan kami
  • Berkembang dan belajar antara satu sama lain
Hasilnya, pelanggan menikmati pengalaman sokongan premium dan mendapat perspektif segar melalui interaksi bersama pasukan kami. Kami percaya bahawa kejayaan sebenar datang daripada kerjasama dan kepercayaan yang dibina bersama.
Hasilnya, pelanggan menikmati pengalaman sokongan premium dan mendapat perspektif segar melalui interaksi bersama pasukan kami. Kami percaya bahawa kejayaan sebenar datang daripada kerjasama dan kepercayaan yang dibina bersama.
Ikuti dan berhubung dengan kami di media sosial untuk mendapatkan info terkini tentang teknologi, network monitoring, AIOps, keselamatan siber, cloud solutions serta update terbaru daripada Awan Bayu Teknologi. Jom jadi sebahagian daripada komuniti digital kami! 

Pasukan Awan Bayu Teknologi
Apa Yang Kami Lakukan
Di Awan Bayu Teknologi, kami komited untuk mengenal pasti sebarang peluang penambahbaikan dalam setiap operasi pelanggan kami.
Kami juga menawarkan pelbagai bentuk kerjasama bagi menyokong fungsi dalaman organisasi anda dan memberikan panduan strategik yang bertepatan dengan objektif organisasi anda.
selanjutnya
Misi Awan Bayu Teknologi

Misi Kami

Kami berdedikasi untuk menjadikan teknologi maklumat berfungsi sepenuhnya untuk anda - daripada peringkat awal analisis keperluan, reka bentuk sistem, pelaksanaan, dokumentasi, hingga ke latihan pengguna.
Kami juga memastikan setiap produk dan perkhidmatan dapat memenuhi keperluan yang berkembang seiring dengan perubahan industri, pasaran, serta hala tuju organisasi anda. Kami ialah rakan IT yang akan bergerak seiringan dengan anda.
Vision Awan Bayu Teknologi

Halatuju Kami

Komitmen kami adalah untuk memastikan setiap keperluan teknologi maklumat anda dapat direalisasikan dan befungsi mengikut jangkaan. Dengan menggunakan alat pembangunan aplikasi terkini dan metodologi sistem yang terbukti berkesan, kami menyediakan penyelesaian yang

  • Praktikal dan boleh dipercayai
  • Direka khas mengikut keperluan pelanggan
  • Mampu menambah nilai kepada operasi organisasi
Apa Kata Klien Kami :

Terima kasih kepada Awan Bayu Teknologi kerana memperkenalkan kami dengan Zabbix. 



Ms Tee

Awan Bayu Teknologi telah banyak membantu kami dalam memberikan khidmat nasihat berkenaan dengan pengurusan IT kami. 


Mr Roy

Awan Bayu Teknologi berjaya membantu kami untuk menaik taraf sistem Zabbix yang kami gunakan. daripada Zabbix 3.0 ke Zabbix 7.4 tanpa sebarang masalah.


Mr Khai
Kami Akan Membantu Anda Mencipta Masa Depan Yang Lebih Sempurna

Lihat halaman Hubungi Kami untuk sebarang pertanyaan.

Hubungi kami