PEMANTAUAN RANGKAIAN
Pantau Segalanya Dengan ZABBIX
ZABBIX ialah penyelesaian pemantauan bertaraf enteprise(enterprise-class) sumber terbuka yang matang dan mudah untuk digunakan untuk pemantauan rangkaian serta aplikasi dengan berjuta-juta metrik.
Sebagai Rakan Bertauliah ZABBIX di Malaysia, kami mampu mengendalikan persekitaran dengan ribuan item yang mampu untuk dipantau secara serentak.
Kami menyediakan penyelesaian pemantauan infrastruktur teknologi maklumat (IT) dan rangkaian yang menyeluruh di Malaysia, yang dapat disesuaikan mengikut keperluan perniagaan atau kehendak anda.
Penyelesaian sumber terbuka semua dalam satu (all-in-one) yang membolehkan anda untuk memantau apa sahaja.
Pemantauan infrastruktur dan aset IT memainkan peranan penting dalam menyediakan pendekatan proaktif untuk mengekalkan kestabilan dan prestasi perkhidmatan IT. Ia merupakan salah satu komponen yang penting didalam operasi teknologi maklumat (IT) bagi mendapatkan keterlihatan dan pandangan secara menyeluruh untuk mengekalkan persekitaran IT yang boleh dipercayai serta cekap.
Dengan ini, organisasi boleh mengurus dan mengoptimumkan infrastruktur mereka secara proaktif, ia akan menghasilkan prestasi yang lebih baik dan mengurangkan m asa gangguan (downtime).
Bekerjasama dengan ZABBIX, kami di Awan Bayu ialah pakar dalam menyediakan penyelesaian ZABBIX Monitoring untuk memenuhi keperluan pemantauan IT anda. Bersama-sama pakar bertauliah ZABBIX, kami menawarkan perkhidmatan dari konsultasi sehingga pelaksanaan, serta sokongan dengan ZABBIX sebagai platform pemantauan utama.
Di Awan Bayu, kami menyampaikan penyelesaian pemantauan ZABBIX yang disesuaikan untuk organisasi di seluruh Malaysia. ZABBIX ialah platform sumber terbuka bertaraf enterprise yang membantu memantau peranti rangkaian, pelayan, pangkalan data, mesin maya, dan perkhidmatan awan — semuanya secara masa nyata.
Sama ada anda agensi kerajaan, telco, PKS, atau pusat data, dengan pelaksanaan penggunaan platform ZABBIX anda dapat memastikan pengesanan masalah secara proaktif, amaran segera, dan penglihatan penuh terhadap infrastruktur IT anda. Kami juga menyediakan penyesuaian papan pemuka (dashboard), laporan SLA, serta sokongan pakar.
Izinkan kami untuk membantu anda memaksimumkan masa operasi (uptime) dan prestasi melalui pemantauan rangkaian dan sistem yang boleh dipercayai dan cekap.
Mengapa Pilih ZABBIX untuk Pemantauan Rangkaian?
Tiada had kepada apa yang boleh anda pantau dengan ZABBIX (no limitation).
Zabbix ialah sebuah alat pemantauan sumber terbuka yang berkuasa dan digunakan secara meluas untuk menjejak peranti rangkaian, pelayan, aplikasi, dan persekitaran awan secara masa nyata. Awan Bayu memanfaatkan ZABBIX untuk menyediakan penyelesaian pemantauan rangkaian yang disesuaikan sepenuhnya, boleh diskala, dan kos efektif di seluruh Malaysia.
Dengan ZABBIX, kami menyediakan:
Sijil Kepakaran Kami Yang Diiktiraf oleh ZABBIX