Perkhidmatan Pusat Data
Perkhidmatan Pusat Data yang Komprehensif
Perkhidmatan Pusat Data kami merangkumi segala keperluan untuk membangunkan dan mengekalkan infrastruktur data yang boleh dipercayai, selamat dan cekap.
Daripada peringkat perancangan sehingga sokongan berterusan, pasukan kami memastikan setiap aspek pusat data anda direka bentuk dan diselenggara mengikut piawaian industri tertinggi.
Perkhidmatan Pusat Data Kami Termasuk:
Komponen Pusat Data
komponen pusat data
Infrastruktur pusat data kami direka dengan penekanan terhadap ketepatan, kebolehpercayaan dan kebolehskalaan.
Setiap komponen dipilih dan disepadukan dengan teliti bagi memastikan operasi lancar, kecekapan tenaga tinggi, dan perlindungan menyeluruh.
Berikut ialah komponen utama yang membentuk pusat data berteknologi tinggi kami:
Kabel voltan tinggi dan transformer membekalkan agihan kuasa yang stabil dan kukuh ke seluruhan kemudahkan bagi memastikan bekalan tenaga yang konsisten.
Sistem elektrik sekunder yang boleh dipercayai ntuk mengawal aliran kuasa dan mengurangkan sebarang risiko yang boleh menggangu operasi.
Penyelesaian kuasa sandaran yang memastikan operasi berterusan sekiranya berlaku kegagalan kuasa utama, sekaligus dapat melindungi data dan semua peralatan.
Sistem penyejukan berteknologi tinggi bagi mengekalkan suhu yang optimum, mencegah pemanasan berlebihan dan memastikan prestasi peralatan dalam keadaan yang terbaik.
Sistem pengesanan dan pemadaman kebakaran termasuk Very Early Smoke Detection Apparatus (VESDA) bagi melindungi data serta keselamatan kakitangan.
Infrastruktur keselamatan yang berlapis termasuk akses kawalan sistem, sistem pengawasan dan biometrik bagi melindungi sebarang akses yang tidak sah untuk data yang sensitif.
Pemantauan yang berterusan melalui Data Center Infrastructure Management (DCIM) yang menyediakan data masa nyata mengenai suhu, kelembapan dan sebarang penggunaan tenaga.
Generator berkapasiti tinggi yang bertindak sebagai sumber kuasa sandaran semasa gangguan bekalan elketrik yang berpanjangan.
Sistem pengesanan kebooran yang efektif dan berkesan untuk mencegah sebarang kebocoran yang berpunca daripada air dan dapat melindungi insfratruktur penting daripada sebarang bahaya yang berkaitan dengan kebocoran.
Pendawaian berstruktur yang menyokong pemindahan data secara efisien, dapat mengurangkan latency dan memaksimumkan ketersambungan.
Penyelesaian pembinaan khusus bagi menyokong struktur fizikal dan dapat meningkatkan ketahanan dan keselamatan dan kemudahan yang terbaik.
Struktur lantai yang telah diperkuatkan demi menampung bebanan berat peralatan yang sesuai bagi rak dan unit pelayan berketumpatan tinggi.
Sistem rak dan penyekatan yang tersusun bagi mempertingkatkan pengurusan aliran udara, kecekapan penyejukan dan pengunaan ruang yang efektif.
Pendekatan menyeluruh kami terhadap komponen pusat data memastikan infrastruktur yang kukuh, berdaya tahan dan selamat.
Hubungi kami hari ini untuk mengetahui bagaimana penyelesaian kami dapat menyokong keperluan perniagaan anda.
Hubungi kami sekiranya anda memerlukan sebarang konsultansi.




