Perkhidmatan Konsultansi
Kami di Awan Bayu menyediakan khidmat rundingan strategik untuk membantu organisasi membina kecekapan operasi, memacu inovasi, mengurangkan kos, mengurus risiko serta mengoptimumkan bakat tenaga kerja.
Kami ialah sekumpulan profesional yang berfikiran ke hadapan dan percaya pada hubungan jangka panjang dengan pelanggan kami.
Kami berbangga dalam menyampaikan penyelesaian yang praktikal, berkesan dan berorientasikan masa depan. Dengan pasukan yang berpengalaman dan berdedikasi, kami sentiasa berusaha lebih jauh untuk memastikan setiap projek dan penyelesaian yang dihantar mencapai kejayaan sepenuhnya.
Kami hanya bekerjasama dengan rakan strategik yang terbukti berjaya melaksanakan projek berkualiti tinggi selama bertahun-tahun, dan kami berurusan rapat dengan pembekal utama bagi memastikan penyelarasan sempurna dalam aspek penyampaian dan jangkaan hasil.
Bidang Kecekapan Utama Kami Termasuk:
Penyelesaian Infrastruktur Perkakasan
Kecerdasan Perniagaan & Ramalan Analitik
Penyediaan Perkhidmatan Terurus
Perkhidmatan Multimedia
Perkhidmatan Kandungan & Aplikasi
Perkhidmatan Kesinambungan Perniagaan
Di Awan Bayu, kami menggunakan pendekatan metodologi konsultansi yang direka khas berdasarkan pedekatan 4 fasa. Dimana ianya bermula dengan penilaian situasi semasa sesebuah organisasi atau perniagaan dan diteruskan ke fasa-fasa yang lain berdasarkan asas yang kukuh.
Awan Bayu mengaplikasikan amalan PMI (Project Management Institute) yang diiktiraf di peringkat global dengan pasukan Project Management Professional (PMP) bertauliah yang berpengalaman menguruskan projek daripada peringkat jabatan sehingga ke projek yang kompleks dan berskala besar.
Dengan Pelan IT yang Strategik dan tersusun, pengurus projek kami akan membangunkan project roadmap dan menguruskan keseluruhan pelaksanaan mengikut masa dan bajet yang telah ditetapkan melalui penubuhan Pejabat Pengurusan Projek (PMO) yang telah dikhususkan untuk anda yang meliputi:
Penempatan Tenaga Mahir
Awan Bayu mempunyai ramai tenaga pakar yang terdiri daripada profesional IT yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman, merangkumi pelbagai platform pengkomputeran. Dari PC sehingga sistem mainframe, termasuk sistem operasi seperti Windows, Unix dan AS/400.
Kepakaran kami juga merangkumi pelbagai platform perisian seperti RPG/Cobol/400, C++, VB, ASP, SAP, Sybase, Oracle, Siebel, Rational, Progress, Lotus Notes, .NET dan Sun ONE.
Awan Bayu juga akan menawarkan penempatan tenaga kerja IT berdasarkan kontrak yang fleksibile sama ada dlam jangka pendek iaitu minimum selama tiga bulan ataupon kontrak tahunan. Ianya bergantung kepada keperluan dan bajet pelanggan itu sendiri.
Hubungi kami di support@awanbayu.com untuk maklumat selanjutnya.