SOLUSI INFRASTRUKTUR RANGKAIAN
PERKHIDMATAN TERURUS
Biarkan kami menguruskan rangkaian anda sementara anda menguruskan perniagaan anda secara teratur tanpa perlu risau mengenainya.
Awan BayuTeknologi menawarkan Perkhidmatan Terurus yang terbaik untuk membantu organisasi anda dengan meningkatkan prestasti rangkaian. Tidak kira dalam apa jua industri. Matlamat kami adalah meningkatkan daya saing syarikat atau organisasi anda. Sama ada anda mahu menambah fungsi pada rangkaian sedia ada, atau meningkatkan prestasi, ketersediaan, dan kebolehpercayaan, penyelesaian kami yang dipercayai akan membantu anda mencapai matlamat tersebut.
Kami mendengar keperluan anda dan mereka bentuk penyelesaian rangkaian terurus yang memenuhi keperluan unik setiap organisasi. Dengan kepakaran dan sumber yang luas, Awan Bayu Teknologi bersedia membantu syarikat pelbagai saiz – daripada mereka bentuk, membina hingga mengurus rangkaian. Kami juga membantu menganalisis pertumbuhan jangka panjang perniagaan anda, menentukan kos awal atau perbelanjaan modal, serta merancang keperluan IT menyeluruh dengan lebih baik.
Anda boleh menumpukan perhatian pada inisiatif perniagaan, sementara pasukan teknikal bertauliah kami memantau dan mengurus peranti rangkaian anda secara berterusan. Manfaat Perkhidmatan Terurus:
Awan Bayu Teknologi berupaya menawarkan Perkhidmatan Konsultasi. Sebagai konsultan yang mempunyai pengalaman yang luas dalam projek komunikasi dan integrasi rangkaian. Bermula daripada kelas pembekal (carrier-class) sehingga ke bahagian penyelesaian peringkat Industri. Kami akan memastikan saluran komunikasi data organisasi anda sentiasa selaras dengan tuntutan industri dan keperluan perniagaan.
Kami juga bekerjasama dengan jenama-jenama peranti yang terkemuka di dalam industri ini supaya kami dapat menyediakan dan mencadangkan proses penyelesaian IT yang terbaik. Awan Bayu Teknologi juga merupakan Value-Added Reseller (VAR) bagi pelbagai jenama terkemuka, termasuk peralatan IT baharu, terpakai dan yang diperbaharui (refurbished).
Dalam semua skala perkhidmatan kami yang merangkumi penyelesaian terurus (managed solutions), kami mengambil pendekatan kolaboratif untuk memahami keperluan teknologi yang unik dan terbaik untuk anda. Pada masa yang sama, sepanjang keseluruhan proses, daripada pembelian perkakasan sehingga ke penyediaan, konfigurasi, dan penyelenggaraan, kami sentiasa berpegang kepada visi dan matlamat strategik anda.
Awan Bayu Teknologi menawarkan perkhidmatan secara profesional kerana pasukan kami mempunyai ahli-ahli yang terbaik dan cemerlang di dalam Asia tenggara dimana kami juga akan menawarkan dan menyediakan peralatan yang terbaik untuk anda.
Produk & Penyelesaian Yang Ditawarkan :
1. Server & penyelesaian storan rangkaian
2. Aksesori gentian optik (fiber optic accessories)
3. Peralatan rangkaian terbaharu & terkini
4. Perkhidmatan rangkaian terurus (managed services)
Kami akan memastikan setiap penyelesaian berjaya memberikan keputusan yang efektif, inovatif, dan sentiasa maju di hadapan.
Rakan Kerjasama kami