tentang awan bayu
Selamat datang ke Awan Bayu, dunia tanpa sempadan dimana setiap langkah adalah satu perjalanan yang penuh berpotensi dan setiap detik membuka ruang untuk mencipta sesuatu detik yang bermakna.
Kami percaya bahawa teknologi bukan sekadar alat - ia adalah pemnagkin untuk membawa perubahan dan membuka peluang tanpa had.
mengenai kami
AWAN BAYU
Awan Bayu diasaskan oleh sekumpulan IT profesional yang bersemangat dan berpengalaman luas dalam bidang pengurusan serta perkhidmatan infrastruktur IT.
Setiap ahli pasukan membawa kepakaran, cara berfikir, dan gaya kolaborasi tersendiri. Gabungan kepelbagaian inilah yang menjadi kekuatan utama kami dalam mencipta penyelesaian terbaik untuk pelanggan.
Kami menghargai idea, pandangan dan maklum balas setiap perbualan dengan pelanggan. Pendekatan ini membolehkan kami :
- Menawarkan penyelesaian yang inovatif dan berkesan
- Terus menolak sempadan kemampuan kami
- Berkembang dan belajar antara satu sama lain
Hasilnya, pelanggan menikmati pengalaman sokongan premium dan mendapat perspektif segar melalui interaksi bersama pasukan kami. Kami percaya bahawa kejayaan sebenar datang daripada kerjasama dan kepercayaan yang dibina bersama.
Di Awan Bayu, kami komited untuk mengenal pasti sebarang peluang penambahbaikan dalam setiap operasi pelanggan kami.
Kami juga menawarkan pelbagai bentuk kerjasama bagi menyokong fungsi dalaman organisasi anda dan memberikan panduan strategik yang bertepatan dengan objektif organisasi anda.
Misi Kami
Kami berdedikasi untuk menjadikan teknologi maklumat berfungsi sepenuhnya untuk anda - daripada peringkat awal analisis keperluan, reka bentuk sistem, pelaksanaan, dokumentasi, hingga ke latihan pengguna.
Kami juga memastikan setiap produk dan perkhidmatan dapat memenuhi keperluan yang berkembang seiring dengan perubahan industri, pasaran, serta hala tuju organisasi anda. Kami ialah rakan IT yang akan bergerak seiringan dengan anda.
Halatuju Kami
Komitmen kami adalah untuk memastikan setiap keperluan teknologi maklumat anda dapat direalisasikan dan befungsi mengikut jangkaan. Dengan menggunakan alat pembangunan aplikasi terkini dan metodologi sistem yang terbukti berkesan, kami menyediakan penyelesaian yang:
- Praktikal dan boleh dipercayai
- Direka khas mengikut keperluan pelanggan
- Mampu menambah nilai kepada operasi organisasi
Terima kasih kepada Awan Bayu kerana memperkenalkan kami dengan Zabbix.
Awan Bayu telah banyak membantu kami dalam memberikan khidmat nasihat berkenaan dengan pengurusan IT kami.
Awan Bayu berjaya membantu kami untuk menaik taraf sistem Zabbix yang kami gunakan. daripada Zabbix 3.0 ke Zabbix 7.4 tanpa sebarang masalah.